Diriwayatkan oleh Ya'kub bin al-Fasawy dari Hassan bin Ali r.a, dia berkata, "Pernahaku tanyakan kepada bapa saudaraku yang bernama Hindun bin
Abi Haala kerana dia adalahseorang yang pandai sekali dalam menyifatkan tentang peribadi Rasulullah SAW, dan akusangat senang sekali mendengarkan sifat Rasulullah SAW untuk aku jadikan bahan ingatan. Maka katanya,
"Rasulullah SAW
adalah agung dan diagungkan, wajahnya berkilauan bagaikan bulan purnama, tingginya cukup (tidak pendek
dan tidak jangkung), dadanya lebar (bidang),
rambutnya selalu rapi dan terbelah di tengahnya, rambutnya panjang sampai padahujung telinganya,
dan berambut banyak, mukanya bergabung menjadi satu, di antara keduaalisnya ada urat
yang dapat dilihat pada waktu Baginda sedang marah, hidungnyamembungkuk di tengahnya dan kecil
lubangnya, nampak sekali padanya cahaya, sehinggaorang yang memperhatikannya mengira hidung Baginda
itu tinggi (mancung). Janggutnya(jambang) lebat, bola matanya sangat hitam sekali,
kedua pipinya lembut (halus), mulutnyatebal, giginya putih bersih dan jarang, pada dadanya
tumbuh bulu halus, lehernya indahseperti berkilauan
saja, bentuknya sedang, agak gemuk dan gesit (lincah), antara perut dandadanya sama
(tegak), dadanya lebar, di antara dua bahunya melebar, tulangnya besar,kulitnya bersih,
antara dada sampai ke pusarnya ditumbuhi bulu halus seperti garis, padakedua teteknya dan
pada perutnya tidak ada bulu, sedangkan pada kedua hastanya dan kedua bahunya dan pada dadanya ditumbuhi bulu, lengannya
panjang, telapaknya lebar, halustulangnya, jari telapak kedua tangan dan kakinya
tebal berisi daging, panjang hujung jarinya,rongga telapak kakinya tidak terkena
tanah apabila Baginda sedang berjalan, kedua telapak kakinya lembut
(licin) tidak ada lipatan dan kerutan. Apabila berjalan derapan kakinya ituterangkat tinggi
seolah-olah air yang sedang jatuh (jalannya ringan, kakinya terangkat, tetapitidak seperti jalannya
orang yang sombong), jalannya tunduk
dan menunjukkan kehebatan,apabila berjalan, maka jalannya agak cepat bagaikan dia
turun dari tempat yang tinggi, apabilamenoleh, Baginda menolehkan seluruh badannya,
matanya selalu tertunduk ke bawah, dan pandangannya sentiasa memperhatikan sesuatu
dengan bersungguh-sungguh, selalu berjalandengan para sahabatnya, dan selalu
memulai dengan salam apabila Baginda berjumpa dengansesiapa pun."
KEBIASAAN
RASULULLAH SAW
Kataku selanjutnya, "Terangkanlah kepadaku tentang
kebiasaannya." Maka katanya,"Keadaan peribadi Rasulullah SAW itu biasanya
tampak selalu kelihatan seolah-olah selalu berfikir, tidak pernah mengecap
istirehat walau sedikit pun, tidak berbicara kecuali hanyaapabila perlu,
sentiasa diam, selalu memulai berbicara dan menutupnya dengan sepenuhmulutnya (jelas),
apabila sedang berbicara Baginda selalu memakai kalimat-kalimat yang banyak
ertinya (bijaksana), pembicaraannya itu jelas tanpa berlebihan ataupun kurang,
lemahlembut budi
pekertinya, tidak kasar, tetapi bukannya rendah, selalu mengagungkan nikmatAllah SAW walaupun yang sekecil-kecilnya dan tidak pernah mencelaNya sedikit pun.Apabila ada orang yang memperkosa kebenaran, maka Baginda
akan marah-marah dengansangat dan tidak ada seorang pun yang dapat menghalangi
kemarahannya itu sampaikebenaran itu akan menang. (Dan dalam riwayat lain
disebutkan, bahawa Baginda tidak pernah marah apabila berkenaan dengan urusan
keduniaan, tetapi apabila ada sesuatu yang benar sedang diperkosa maka
Baginda akan marah sehingga tidak akan
memandang sesiapa pun juga dan tidak akan ada yang dapat menghalangi kemarahannya itu
sampai kebenaran itumenang, dan tidak pernah marah kerana dirinya). Apabila Baginda sedang memberikan isyarat(menunjuk), maka
Baginda mengisyaratkan dengan seluruh telapak tangannya, apabila sedangtakjub pada sesuatu maka Baginda balikkan telapak
tangannya, apabila Baginda sedan
Tidak ada komentar:
Posting Komentar